Kelas Keusahawanan (Asas Jahitan) & E-Learning (Youtube)

14 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 13 Mac 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas keusahawanan iaitu asas jahitan dan e-learning. Kelas ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada belia dan suri rumah sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Program ini bertujuan membekalkan kemahiran asas dalam pembuatan kraftangan dengan memberi fokus kepada bidang jahitan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempertengahkan lagi bakat para peserta agar dapat dimanfaatkan dalam memulakan mahupun memperkembangkan bidang perniagaan mereka. Di samping itu, kelas ini juga membantu suri rumah untuk menguasai kemahiran dan kaedah pembelajaran e-learning dengan menggunakan aplikasi YouTube. Para peserta telah didedahkan dengan cara mencari tutorial yang diperlukan pada aplikasi YouTube. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video serta diberi ceramah ringkas Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB (Maklumat Palsu)
2. Pengenalan kepada e-learning (YouTube)
3. Penerangan tentang penggunaan YouTube dalam mencari tutorial
4. Pengenalan kepada Kelas Keusahawanan Asas Jahitan
5. Latihan menghasilkan jahitan
6. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali